Surah Besi
Surah Al-Hadid 57:1-3 surah besi
سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Ia menghidupkan dan mematikan; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Ayat mutasyabihat boleh disalah tafsir. Allah SWT bersabda dalam surat Al-Hadid ada satu ayat yang lebih baik dari seribu ayat. Itu adalah ayat 3. Jika disalah guna akan menyebabkan akidah kita terpesong.
Mengantungkan tulisan dan berharap kepada tulisan adalah syirik. Contohnya Mengantungkan ayat seribu dinar dan ayat Kursi di rumah dan berharap ayat tersebut memeberikan perlindungan. Yang sebenarnya membaca ayat tersebut supaya dapat dijadikan doa. Mengantungkan supaya kita dapat mengingatinya untuk membaca.
Nabi mengajarkan jin belajar, ada dalam surah jin.
Surah Al-Jin 72:1
قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِّنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!
Azimat tidak harus dilakukan kerana ianya akan merosakkan jiwa dan tauhid.
13 surah yang dimulakan dengan Tasbih dalam Al-Quran, termasuklah surah Al-Hadid. Dalam surah tersebut ada sesuatu yang diluar jangkaan manusia.
Surah Al-Jumua 62:1
يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Yaa Rabba Mikaal
Wahai tuhan malaikat Mikail yang menguruskan rezeki.
Yaa Rabba Israfil
Wahai tuhan malaikat Israfil berilah kesembuhan kepada penyakit.
Yaa Rabba Jibril
Wahai tuhan malaikat jibril yang merupakan ketua segala malaikat, perkenankan doa kami.
Allah menghantar malaikat Jibril untuk mengajar para Nabi dan semua manusia dengan izin Allah.
Allah menggambarkan kemuliaan orang yang duduk dalam majlis ilmu, majlis mengingati Allah. Tidak nampak Allah dan tidak nampak syurga. Jika kita nampak Allah SWT dan syurga nescaya mereka tidak tidur untuk melihat syurga dan beramal supaya dapat apa yang digambarkan. Juga akan berusaha meninggalkan larangan Allah bila dapat melihat neraka.
Yaa Rabba Jibril berilah kemudahan kepada kami.
Tawassul berada dalam masjid dan berdoa. Menyebut nama Nabi dan menyebut nama Malaikat juga adalah bertawassul kepada Allah. Bertawassul dengan nama Allah Asma UL-Husna. Bertawassul kepada keramat adalah haram.
Allah berfirman "berdoa lah kepada ku, nescaya aku perkenankan".
Bahaya syirik adalah kita kena mula dari awal kosong. Jika syirik nescaya hancur berkecai amalan kita.
Comments
Post a Comment