Tuesday, April 24, 2018

Gnosticman

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh to all readers wherever you might be!
Majority of the Muslim Scholars of old and new stressed that "The first thing in religion is to know God". However, Satan had managed to turn the tables and made many to believe that only those who are lofty enough in their religious endeavour can know God. In this Internet Lessons on Islamic Gnosticism we shall, God’s willing, destroy the above myth and prove to you readers that if you follow our lessons closely, you will, God’s willing, know God in no time. After you have this Knowledge what is left for you to do is to improve on your acts of worship and to worship God wholeheartedly in accordance with the Syariah laid down by the Holy Prophet Muhammad (pbuh).
Ust. Hj. Hussien Bin Abdul Latiff

Thursday, April 2, 2015

Sikap Atau Cara Hidup Orang Makrifat Yang Sebenar !

Sikap Atau Cara Hidup Orang Makrifat Yang Sebenar !

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian, Jika sebelum ini, kita hanya membicarakan soal pokok (makrifat), pada kesempatan ini, mari saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan menjadi orang makrifat yang sebenar.
Makrifat itu, bukan sahaja bertujuan untuk mempelajari pelajaran pokok, pelajaran bungapun perlu juga diambil berat!. Kita selalu terlepas pandang perkara-perkara kecil!. Sedangkan sekecil-kecil perkara itulah yang nantinya yang akan menjadi perkara besar!. Sekiranya kita tidak pelihara atau tidak menjaga perkara-perkara kecil, tuan-tuan tidak akan dapat sampai kepada perkara-perkara besar (makrifat).
Pesan ayahnda Mohd Yusof Cik Wook, yang diterima dari Tok Kenali kepadanya dan dipesan pula kepada saya, petua untuk menilai atau untuk melihat atau untuk mengukur orang yang benar-benar berilmu makrifat itu, hanya satu perkara sahaja!. Bukan lihat pada amal ibadatnya dan bukan lihat pada pakaiannya, tetapi lihatlah pada perbuatan “sekecil-kecil perbuatannya”.
Lalu Tok Kenalipun beri contoh; Cuba tuan-tuan semua fikir, dalam masa kita punggah timbunan batu, mana yang kita ambil dahulu?. cuba jawab………….. Apakah kita ambil yang tengah-tengah dahulu atau kita ambil yang tepi-tepinya dahulu?.
Tentunya kita ambil yang kecil-kecil dahulu, yang ringan-ringan dahulu, baru disusuli dengan yang berat atau yang besar. Kita bermula dengan megambil batu-batu yang kecil-kecil (ringan) dibahagian tepi dahulu. Setelah ambil yang ringan dan yang tepi, baru boleh diambil timbunan batu yang dibahagian tengah dan yang besar!. Sekiranya tidak diambil yang tepi dan yang kecil terlebih dahulu, bagaimana mungkin nak ambil batu besar yang berada dibahagian tengah ?.
SEKECIL-KECIL DAN SERINGAN ILMU
Begitu juga dengan ilmu makrifat!. Sebelum kita  berilmu makrifat yg besar, kita tidak boleh tinggal ilmu-ilmu yg kecil!. Ilmu yang kecil itu, bukan merujuk kepada sembahyang sunat, bukan merujuk kepada sembahyang fardhu, puasa, zakat atau haji. Perkara seumpama sembahyang, puasa, haji, zakat dan sebagainya itu, adalah perkara-perkara ilmu yang besar dan perkara ilmu berat. Yang dimaksudkan perkara ilmu yang kecil-kecil itu. adalah seperti sifat;
Sabar, tawakkal, penyayang, pemurah, pembersih, pemaaf, k iri hati, jaga tingkkah laku, sikap berbudi pekerti, adat sopan, hormat orang tua, sayangi kanak-kanak, jaga kebersihan diri, jaga kebersihan kampong, kebersihan rumah, kebersihan pakaian dan lain-lain!.
Kebanyakkan dari kita, hanya mementingkan ilmu-ilmu yang besar, dengan meninggalkan yang kecil. Sedangkan yang kecillah sebenarnya yang menghidupkan yg besar. Seumpama kita tidak pernah meninggalkan pekerjaan sembahyang lima waktu, Puasa bulan Ramadhan dan puasa suanat. Namun dalam masa yang sama sebagai contoh,  kita mencaci jiran, dalam masa yang sama kita melakukan zalim kepada binatang dan sebagainya!. Kita anggap megumpat, mengata orang, menzalimi binatang, membuang sampah merata-rata, melangar lampu isyarat, memotong digarisan berkembar, tidak bertanya khabar terhadap adik beradik, tidak menjaga pakaian, tidak mengosok gigi dan biarkan mulut berbau busuk. Itu semua, tidak diambil kira oleh kebanyakkan kita.
Kita hanya mementingkan ilmu yang besar dan ibadah besar, sedangkan ibadah yanng kecil dan ilmu yang kecil, tidak tuan-taun perhatikan. Seumpama tandas masjid, tandas restauran dan sebagainya. Pada suatu hari, saya sengaja duduk dimasjid untuk memerhatikan karenah dan sikap orang-orang yang dikatakan beragama Islam.  Saya lihat dengan mata kepala sendiri, seoarang lelaki yang berpakaian jubah labuh, beserban dan membawa kereta yang agak mewah singgah dimasjid untuk membuang air kecil. Saya lihat beliau masuk kedalam tandas masjid tanpa menanggalkan kasut. Sedangkan disitu tertulis perkataan “tanggalkan kasut” . Selipar jepun serta terompah banyak disediakan dihadapan pintu tandas.
Berkebetulan datang sebuah kereta orang yang berbangsa Cina. Sebelum baliau dan anak beranaknya masuk ke tandas, saya lihat mereka masing menanggalkan kasut dan memakai selipar dan terompah yang disediakan.  Biarpun anak-anak mereka yang pada perkiraan saya dalam lingkungan sekolah rendah atau sebaya sekolah menengah, tetapi mereka pakai selipar untuk masuk kedalam tandas masjid tanpa disuruh oleh ibu bapa mereka!.
Saya begitu teruja dan terharu melihat sikap orang Islam berbanding dengan orang kafir!.
Suatu petang setengah tahun yang lepas, semasa saya dijemput untuk memberi ceramah diMasjid Tmn. Eveniupark Kucai Lama Cheras Kuala Lumpur. Semasa itu hujan lebat, saya berteduh disebuah sesyen minyak (saya lupa stesyen minyak apa), jam sudah menunjukan waktu sembahyang magrib. Saya tidak boleh nak pergi kemesjid yang bertempat bersebelahan dengan petrol pam, sebab hujan lebat.
Saya bertanya kepada penyelia yang berada didalam patrol pam, apakah ada payung untuk saya pinjam? . Saya bertanya kiranya boleh dipinjam payung atau jika ada yang boleh saya beli. Saya berkata bahawa saya sanggup tinggal wang sejumlah 50.00 sebagai cagaraan, kemudian payaug ini akan saya kembalikan, untuk saya ke Masjid dan saya akan berpatah balik kesini untk memulangkannya kembali.  Sedang masjid bersebelahan dengan patrol pam. Namun tidak ada siapa yang memberi kerjasama.
Semasa saya berdiri diluar perkarangan patrol pam, sedang meninjau-ninjau bagaimanakah caranya untuk kemasjid (untuk memberi ceramah selepas solat magrib). Tiba-tiba datang seorang perempuan Cina, menghulurkan payung. Mungkin dia mendengar perbualan saya bertanyakan payung semasa didalam patrol pam. Lalu saya berkata yang suruh dia tunggu sekejap, untuk saya kembalikan payung itu, dia berkata “tak mengapa pak cik”. Saya menghulurkan wang 20.00 untuk membayar harga payung, namun dia berkata “tidak mengapa, saya bagi pakcik”. Dengan itu, dapatlah saya pergi ceramah tepat pada waktunya.
Saya nak berkongsi satu lagi cerita ini kepada saudara-saudara. Pada suatu hari sedang saya duduk berbual-bual dengan beberapa orang sahabat. Tiba-tiba datang seorang yang berpakaian ala Afghanistan bersalaman dengan dua orang sahabat yang bersebelahan saya. Sedang saya berada disebelah, tidak dihulur tangan untuk bersalam. Apa salahnya bersalaman dengan saya biarpun bukan sahabatnya!. Pakaiannya ala Islamik, tetapi  budi bahasanya tidak Islamik. Nama sahaja Islam tetapi, dimanakah nilai-nilai keislaman?.tuan-tuan nilailah sendiri!.
Ada lagi satu cerita. Saya masuk restaurant untuk makan nasi. Disebalah meja saya, ada beberapa orang yang masing-masing sedang menunggu makanan. Selain orang lain, ada seorang pemuda sekitar umur 20 han disebelah meja saya, makanannnya sampai dahulu, mungkin di datang awal dari saya.
Sebelum dia makan, sempat juga mempelawa saya makan, dengan berkata “makan pak cik”. Begitu terharu saya mendengar perkataan “makan pak cik” yang terkeluar dari seorang anak muda Melayu!. Saya merasa cukup berbangga dan berbesar hati sekali pada hari itu. Sedang dimeja lain, bersebelahan saya, ada orang lain yang makan, langsung tidak ada nak mengatakan “mari makan” . Sedangkan yang lain-laiin itu, lebih beumur dari pemuda tersebut!..
Perkara ini, pada anggapan tuan-tuan mungkin ianya suatu perkara kecil. Namun bagi orang makrifat itu, perkara-perkara yang sekecil itulah yang diamati dan diprektikkan dalam kehidupan seharian. Berbohonglah seseorang itu, bilamana buat yang besar, jika tidak berbuat yang kecil. Mana mungkin timbunan bongkah batu, dapat diambil yang besar, kiranya tidak terlebih dahulu tidak membuang atau meganggkat yang kecil.
Satu lagi cerita, mungkin cerita ini dialamai sendiri oleh tuan-tuan. Semasa saya sedang memandu kereta, saya cuba memasuki lorong tengah dari lorong kiri nak kelorong kanan untuk membelok masuk ke lorong sebelah kanan. Sudah lama saya memberi lampu isyarat untuk membelok, namun tidak ada yang mengindahkannya. Kerata dihadapan saya, langsung tidak beri peluang kepada kereta saya. Sedangkan jika dia pergi sekalipun, dihadapan nya jalan jem, kereta dihadapan nya tersankut (jem), bererti kereta mereka pun tidak boleh bergerak kiranya diberi laluan kepada saya!. Daripada sama-sama tidak boleh jalan, Apa salahhnya memberi peluang kepada saya untuk masuk!.
Mereka rela halang atau blog saya dalam erti kata sama-sama tidak boleh berjalan, daripada mengamalkan sikap betolak ansur.. Apa salahnya diberi lorong kepada saya. Tetapi dia masih memilih sikap tidak mahu bertolak ansur!. Yang saya sedihnya, orang yang blok dihadapan kereta saya itu, adalah orang Melayu Islam!.
Cuba tuan renung-renungkan sejenak, kiranya tuan-tuan berada ditempat saya!. Mungin cerita yang saya paparkan ini, tidak meyentuh hati tuan-tuan, kerana tuan-tuan juga sebagamana mereka!. Cuba cerita ini dibaca oleh orang yang bermakrifat!. Pasti hatinya merasa kesal dengan sikap anak bangsa Melayu (bangsa kita sendiri), betapa rendahnya nilai kasih sayang, nilai tolak ansur dan nilai yang tidak ada tertanam buudaya serta sifat  tatatertib didalam jiwa bangsa Melayu. Kita orang Islam, lebih memandang ibaddah yang besar-besar dengan langsung tidak ambil kira yang kecil-kecil.
Untuk itu, kirnya tuan-tuan berhajat kepada ilmu makrifat, saya sarankan besih terlebih dahulu sifat-sifat yang kecil. Mari kita sama-sama kembali belajar ilmu yang kecil, iaitu ilmu;
BERSYUKUR
Kerana tidak tahu untuk menghargaai perkara syukurlah, makanya ramai dikalangan kita tersasar jauh dari agama, dari berbudi bahasa, dari beradap sopan dan bertimbang  rasa!.
Salinan:
http://makrifattokkenali.com/2012/12/23/sikap-atau-cara-hidup-orang-makrifat-yang-sebenar/

Bagaimana Cara Bercinta Dengan Allah ?

Bagaimana Cara Bercinta Dengan Allah ?

Cinta kepada Allah itu, tidak boleh sama sebagaimana cinta sesama makhluk, yang memerlukan adanya dua pihak!. Cinta kepada Allah itu, hanya berlaku setelah hanya ada satu pihak!.
Bagaimanakah berlakunya cinta satu pihak?…………..Bagaimana mungkin bertepuk hanya sebelah tangan?. Cinta makhluk kepada sesama makhluk itu, harus bertepuk kedua belah belah tangan!. Manakala cinta kepada Allah itu hanya bertepuk sebelah tangan dan hanya bercinta dalam keadaan satu hala tanpa ada dua pihak?………………..
Bagaimanakah caranya?……..Tunggu………
Kita tinggalkan sekalian nama-nama diri, kita biarkan diri tinggal bersendirian (sudah sekian lama diri kita tingal dengan ditemani!). Sampailah masanya untuk kita biarkan diri kita tinggal bersendirian. Jika dulu diri kita sentiasa ditemani dengan sifat nama,sifat afaal, sifat zat dan sifat!.
Mari kita sama-sama tinggalkan segala yang bersifat, yang bernama, yang berafaal dan mulai dari saat ini, marilah kita sama-sama tinggalkan apa-apa yang bernama zat!. Mari kita mendiri pada diri yang sebenar-benar diri. Ituah cinta sejati. 
Jangan lagi bercinta dengan perkara-perkara yang masih bersifat!. Cinta kepada yang bersifat itu, tidak kekal. Cinta kepada yang bersifat itu, ada kalanya kaki putus, tangan putus dan leher putus.Cinta kepada yang bernama itu, setelah kita mati, nama kita tidak lagi dingati orang dan tak usah kata semasa sesudah mati, ada kalanya sebelum mati pun, orang sudah lupa kepada nama kita!. Cinta kepada afaal, feel, perangai atau cinta kepada tingkah laku, sekali kita buat salah, biarpun beribu kali sebelumnya kita berbuat baik, orang sudah tidak kenang kebaikan kita yang beribu kalli. Yang orang lihat itu, adalah jahat yang sekali!. Cinta kepada zat, zat (roh) akan putus bila habis nyawa.
Cinta kepada yang besifat itu tidak kekal. Mari kita sama-sama beralih cinta kepada kekasih yang tiada awal dan kekasih yang tiada akhir!. Mari kita berkasih dengan Kekasih yang tiada sifat, tiada nama, tiada afaal dan tiada zat!.
Itu makanya, dari tulisan awal saya, saya ada menyatakan bahawa, barang siapa yang masih bercinta itu, tandanya ia belum bercinta. Mana mungkin kita bercinta dengan yang tidak punya sifat, tidak punya afaal, tidak punya asma dan tidak punya zat!.Bercinta dengan Allah itu, adalah bercinta yang bertepuk sebelah tangan. 
Bercinta dengan Allah itu,

Sumber:
http://makrifattokkenali.com/2012/12/30/bagaimana-cara-bercinta-dengan-allah/

Lima alam yang pasti dilalui oleh Manusia

Kita akan melalui Lima alam:
Alam Rahim 9 bulan 10 hari
Alam Dunia 60-70 tahun
Alam Barzakh ikut perhitungan 
Alam Makhsyar dihimpun segala manusia
Alam Baqa kekal samada syurga atau neraka.

Selain Alam Roh sebelum kita ditiupkan kedalam rahim mak kita.

Thursday, February 13, 2014

Peringatan untuk semua termasuk janin dalam kandungan

Al-Hadid 57:4
هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِي الْأَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيهَا وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنتُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

Ayat untuk dibacakan kepada janin.

Surah Besi

Surah Al-Hadid 57:1-3 surah besi
سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Ia menghidupkan dan mematikan; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Ayat mutasyabihat boleh disalah tafsir. Allah SWT bersabda dalam surat Al-Hadid ada satu ayat yang lebih baik dari seribu ayat. Itu adalah ayat 3. Jika disalah guna akan menyebabkan akidah kita terpesong.

Mengantungkan tulisan dan berharap kepada tulisan adalah syirik. Contohnya Mengantungkan ayat seribu dinar dan ayat Kursi di rumah dan berharap ayat tersebut memeberikan perlindungan. Yang sebenarnya membaca ayat tersebut supaya dapat dijadikan doa. Mengantungkan supaya kita dapat mengingatinya untuk membaca. 

Nabi mengajarkan jin belajar, ada dalam surah jin. 

Surah Al-Jin 72:1
قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِّنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!

Azimat tidak harus dilakukan kerana ianya akan merosakkan jiwa dan tauhid.

13 surah yang dimulakan dengan Tasbih dalam Al-Quran, termasuklah surah Al-Hadid. Dalam surah tersebut ada sesuatu yang diluar jangkaan manusia. 

Surah Al-Jumua 62:1
يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Yaa Rabba Mikaal
Wahai tuhan malaikat Mikail yang menguruskan rezeki.

Yaa Rabba Israfil
Wahai tuhan malaikat Israfil berilah kesembuhan kepada penyakit.

Yaa Rabba Jibril
Wahai tuhan malaikat jibril yang merupakan ketua segala malaikat, perkenankan doa kami.

Allah menghantar malaikat Jibril untuk mengajar para Nabi dan semua manusia dengan izin Allah.

Allah menggambarkan kemuliaan orang yang duduk dalam majlis ilmu, majlis mengingati Allah. Tidak nampak Allah dan tidak nampak syurga. Jika kita nampak Allah SWT dan syurga nescaya mereka tidak tidur untuk melihat syurga dan beramal supaya dapat apa yang digambarkan. Juga akan berusaha meninggalkan larangan Allah bila dapat melihat neraka.

Yaa Rabba Jibril berilah kemudahan kepada kami.

Tawassul berada dalam masjid dan berdoa. Menyebut nama Nabi dan menyebut nama Malaikat juga adalah bertawassul kepada Allah. Bertawassul dengan nama Allah Asma UL-Husna. Bertawassul kepada keramat adalah haram.

Allah berfirman "berdoa lah kepada ku, nescaya aku perkenankan".

Bahaya syirik adalah kita kena mula dari awal kosong. Jika syirik nescaya hancur berkecai amalan kita.


USIA 40 TAHUN

BERHATI HATI DIUSIA 40TAHUN

Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah

Pada ayat yang lain, firman Allah;

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.

Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan2 elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.

Mengapa umur 40 tahun begitu penting.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,

لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد

"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”

Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".

Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa..